Pilihan anda di PRU13

Ahad, 5 April 2009

MUNAFIK!! baca...renung...dan nilai...

Orang MUNAFIK mengikut istilah syarak ialah orang yang melindungi kekufuran yang bersemai dalam jiwanya degan berpura-pura menunjukkan keislamannya dengan lisan dan perbuatannya. Dia mengaku sebagai Islam, tetapi di dalam hati dia menolak sama sekali ajaran yang terkandung dalam syariat Islam. Dia mengaku memperjuangkan Islam, tapi secara diam2 dia mempertikaikan hukum dan menolak suruhan dalam Islam.

Nak tau ciri2 orang MUNAFIK.... ini dia :

- Imannya tidak teguh dan hakiki. Sikap dan pendiriannya sentiasa berubah-rubah mengikut keadaan dan suasana.

- Perbuatannya juga berubah-ubah. Cthnya : Jika bersama orang yang kuat beribadat, dia ikut sama beribadat walaupun di dalam hati menolak. Sikap bermuka2 yang hanya ingin menonjolkan keperibadian palsunya. Hal ini dijelaskan oleh al-Quran Allah SWT :
" Sesungguhnya orang MUNAFIK itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk menunaikan sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud untuk menunjukkan di hadapan manusia. Dan mereka ini tidak menyebut Allah kecuali sedikit sekali" (Surah an-Nisa' : 142)

-Orang MUNAFIK ini akan resah gelisah bila berada bersama dgn orang mukmin, kerana perkara yang disukai oleh hawa nafsunya tidak boleh dilakukan kerana merasa segan atau malu atau takut kepada orang mukmin.

-Orang MUNAFIK hati dan perasaan mereka serta perbuatan hanya ditumpukan kepada soal dunia semata-mata, bagi mereka soal akhirat adalah khayalan dan dogengan sahaja.

-Orang MUNAFIK juga mengharapkan segala amal baktinya mendapat balasan segera di bumi, seperti memberi derma beratus ribu ringgit tetapi mengharap pangkat dan nama agar disebut2 dan dipuja2.

Allah juga telah penyediakan penginapan untuk mereka.(Sebolehnya sebagai saudara se Islam, korang tak payah teringin nak cuba dok kat tempat penginapan ini.)

Orang munafik ini tempatnya di neraka paling bawah sekali, paling azab seksanya. Firman Allah SWT :
" Sesungguhnya orang yang MUNAFIK itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam neraka." (Surah an-Nisa' : 145)


AKIRA8047.kedaikopitepimsajid.blogspot.com.
p/s : sekiranya artikel ini mempunyai kebaikan sebar-sebarkanlah
kalau sebaliknya - korang boleh habaq kat aku.

Rasa2 ada persamaan ngan sapa-sapa tak. Nilai, jangan tak menilai.

8 ulasan:

  1. semoga Allah melindungi kita dari kufur, nifaq dan faqir.

    bagus huraian saudara.

    (hamba Allah)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..
    marilah sama2 kita perbaiki diri agar menjadi Islam sejati.
    Allahuakbar

    BalasPadam
  3. akira8047 adalah contoh MUNAFIK itu

    BalasPadam
  4. lawan munafik adalah nafi isbat.

    BalasPadam
  5. terbaik! ramai lagi orang tak sedar..

    BalasPadam
  6. kepada tanpa nama 00:08

    saya tak akan padam ulasan saudara.
    tapi kalau boleh lain kali taruk la nama.
    jangan berselindung. jangan baling batu sorok tangan.

    BalasPadam
  7. Rukun Iman ada 6, Rukun Islam ada 5. Jika menafikan atau menolak salah satu sahaja, batal lah Iman dan Islam. Masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya. Jangan kamu ambil separuh dan meninggalkan separuh yang lain.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu