Pilihan anda di PRU13

Khamis, 23 April 2009

PENANTI - TERNANTI-NANTI DI PENANTI

PUTRAJAYA: Penundaan pengumuman mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, yang sepatutnya diadakan esok kepada Isnin ini, adalah kerana urusan pentadbiran, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilik-pemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.

"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.

"Ini tidak ada kena-mengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkara-perkara ini maka kami akan umumkan," katanya.

Abdul Aziz hari ini turut mempengerusikan mesyuarat bersama wakil partiparti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai penguatkuasaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk bagi melarang sebarang bentuk kempen pada hari mengundi.

Bagaimanapun, katanya, larangan bagi mengelak sebarang masalah daripada segi keselamatan awam dan pengundi itu belum dapat dilaksanakan kerana kata sepakat masih belum dapat dicapai.

"Ini merupakan perjumpaan pertama dan kita akan terus berbincang. SPR perlu melihat perkara ini secara mendalam supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah apabila dilaksanakan nanti," katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya SPR mengikut nada BN dalam mencadangkan agar pindaan terhadap akta bagi menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah, Abdul Aziz berkata ia hanya pandangan SPR sebagai badan yang melaksanakan pilihan raya di negara ini bukan kerana dipengaruhi manamana pihak.

Beliau berkata walaupun ia merupakan hak individu untuk meletakkan jawatan sebagai anggota DUN, namun untuk mengadakan suatu pilihan raya bukan mudah dan melibatkan banyak kerja, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku secara berterusan.

"Kita perlu lihat masa yang sesuai, sama ada ada program-program lain atau musim-musim tertentu seperti musim tengkujuh, kena tentukan tempat-tempat pengundian, pengurus-pengurus pilihan raya, tentukan daftar pemilih, kursus latihan kepada kakitangan dan belanjawan.

"Perbelanjaan juga semakin meningkat apabila semakin banyak pilihan raya diadakan, jadi kita harap perkara-perkara sebegini dapat dikurangkan," katanya. BERNAMA


KAH KAH KAH....... AKU LANSUNG TAK PERCAYA KAT MAMAT NI....

CAKAP TAK SELUPA BIKIN..... KELENTONG SANA KELENTONG SINI....

MASALAH PENTAKBIRAN APA KEBENDANYA LAGI....

NAK TENGOK MASA YANG SESUAI.....KAH KAH KAHHH...

HARI BEKERJA TU SESUAI KA BUAT PILIHANRAYA....

LEMBU PUNYA S**.

1 ulasan:

  1. woi geng .. aku pun selalu lepak sana cari pasal kat sana lepaih sembahyang kat masjid

    PENTAKBIRAN - istilah baru tu geng geng pr pas dan pkr selalu la buat benda tu bukan tunggu takbir raya atau sembahyang..atas jalan pun kekadang PENTAKBIRAN dilakukan

    PENTAKBIRAN untuk umno aku tak nampak sangat...sembahyang jumaat pun depa selalu miss...podah!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu